Friday, December 2, 2016


SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Di Malaysia program Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1992 di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Didorong oleh faktor kestabilan politik dan pengukuhan ekonomi negara, Malaysia dilihat berpotensi untuk membangunkan francais. Kerajaan Malaysia menyedari hakikat ini dan sedang giat memperkasakan strategi pelaksanaan untuk menjadikan francais sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan. Maka Perbadanan Nasional Berhad, telah diberi mandat sebagai agensi di bawah Bahagian Francais dan Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) untuk mengatur pelan pembangunan industri francais secara lebih komprehensif. Tujuh strategi utama iaitu promosi, program pakej khas, latihan - (sambungan) pembiayaan, pembangunan produk, jaringan strategik, pembangunan dan penyelidikan diperkenalkan

KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN DI MALAYSIA

Sistem perniagaan francais sering dikaitkan dengan perniagaan restoran makanan segera seperti Mc Donald, Pizza Hut, KFC dan sebagainya. Tidak ada satupun jenama francais tempatan ataupun perniagaan bumiputera yang terlintas di minda. Ini mungkinkerana ramai orang Melayu mahupun bumiputera lain yang tidak tahu atau masih belum sedar bahawa sistem perniagaan francais adalah satu cara yang paling popular dan effektif untuk mengembangkan perniagaan, sama ada menjual produk atau perkhidmatan di dalam mahupun luar negara.Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi danKepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah inisiatif untuk membangunkan sektor francais di Malaysia melalui penyediaan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN).Pelbagai strategi dan program di rancang secara menyeluruh bagi menyokong pertumbuhan

francais dan merealisasikan aspirasi PIPFN untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengahmenjelang tahun 2020.
Industri francais Malaysia telah berkembang pesat hasil dorongan penggunaan domestik. Pada tahun ini, industri francais telah menyumbang sebanyak RM23.6 bilion kepada pendapatan kasar negara. Malah, industri ini bernilai melebihi RM20 bilion setahun dan masih terus berkembang. Sejak empat tahun yang lalu, ia telah meningkat pada kadar yang tetap, iaitu di antara 10 hingga 15% setahun walaupun dilanda krisis kewangan global sejak tahun 2008. Industri francais dijangka menyumbang sebanyak 2.6% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun ini. Ini telah menunjukkan peningkatan kecil berbanding sumbangan pada tahun lalu, iaitu 2.5% atau pun RM21.48 bilion kepada KDNK. Sektor ini telah memberi perkembangan yang baik sejak empat tahun lalu setelah kerajaan memudahkan polisi perniagaan, pelaksanaan yang teliti begitu juga strategi yang kukuh untuk memperkembangkan sektor ini. Memetik ucapannya ketika di Asean Franchise Expo and Symposium yang telah diadakan di Kuala Lumpur, dari 8-10 Mac 2013, Ismail Sabri berkata, “Pelan Rangka Perkembangan Francais Negara (2012-2016) akan menetapkan hala tuju strategik untuk memperkembangkan industri francais, begitu juga mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab francais rantau ini menjelang 2020.” Tambahnya lagi, sehingga Februari tahun ini, kita telah menyaksikan peningkatan di dalam sistem pendaftaran francais sebanyak 68%, iaitu dari 366 kepada 651 pada tahun 2015. Menurutnya lagi, daripada 651 pendaftaran, 450 atau 69% adalah francais syarikat tempatan sementara yang selebihnya adalah francais syarikat antarabangsa. Beliau turut menyatakan bahawa pendaftaran francais telah meningkat sebanyak 40% kepada 5,465 sejak tahun 2008. Sumbangan terbesar adalah dari sektor makanan dan minuman, iaitu sebanyak 34% daripada sistem pendaftaran francais secara menyeluruh. Ia diikuti segmen pakaian dan aksesori sebanyak 12%, perkhidmatan dan pendidikan yang masing-masing sebanyak 11% serta kecantikan dan kesihatan pada 10%.Segmen seperti penjagaan kanak-kanak dan kesihatan mempunyai potensi di dalam pasaran francais, memandangkan masyarakat kini lebih sedar tentang keperluan penjagaan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik. Kerajaan mempunyai baki sebanyak RM1 juta daripada skim kredit mikro yang berjumlah RM8 juta. Jumlah ini perlu diagihkan
kepada francaisi yang berpotensi melalui agensinya, Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Skim ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada Julai tahun lalu dengan tujuan untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan, terutama sekali untuk golongan berpendapatan rendah, belia dan juga sesiapa sahaja yang berminat. Kerajaan telah mengenal pasti faedah yang dibawa oleh francais, lalu memperkenalkan skim kredit serta insentif cukai bagi meningkatkan industri ini. Pembentukan Pelan Rangka Perkembangan Francais Negara merupakan salah satu inisiatif untuk mempertingkatkan industri ini dengan lebih jauh. Pelan yang meliputi tempoh selama 10 tahun sehingga tahun 2020 ini telah membentuk haluan industri ini agar ia sejajar dengan agenda ekonomi negara.
Selain menjamin perkembangan industri francais pada kadar optimum, ia juga menyemai pakar-pakar modal insan bagi sektor francais. Pelan rangka ini juga mengandungi rancangan untuk mengubah perniagaan melalui francais, mempertingkatkan daya saingan francais di Malaysia serta menubuhkan eko-sistem francais yang dinamik. Untuk jangka masa panjang, pelan rangka ini turut dilengkapi dengan ramalan prestasi industri francais. Ia mensasarkan agar industri ini mencapai 4.3% dan 9.4% KDNK menjelang 2016 dan 2020. Sehingga kini, terdapat 603 jenama francais di Malaysia, dan 6,000 francaisi di seluruh negara. Kebanyakan jenama yang terlibat di dalam industri francais adalah produk makanan dan minuman, terutama sekali makanan ringan dan pencuci mulut seperti Tutti Frutti dan Secret Recipe. Old Town White Coffee pula adalah jenama utama di dalam francais kopitiam, iaitu segmen sub di bawah sektor makanan dan minuman. Francaisi hanya perlu melabur di dalam jenama yang telah dicuba dan diuji di dalam pasaran. Ini bermakna mereka mengalami risiko yang lebih kecil. Francais ke atas jenama yang telah dikenali sudah pasti disertakan bersama manual operasi dan program latihan, serta panduan daripada francaisor. Ini menjamin kawalan dan had untuk francaisi bagi mengekalkan standard serta prestasi konsisten jenama yang telah difrancais. Selain itu, francaisi juga perlu mengikut keperluan yang telah ditetapkan oleh francaisor, dan ini merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kestabilan industri francais. Kestabilan juga merupakan kunci untuk menjamin perkembangan. Memandangkan industri ini masih belum mencapai tahap optimum, ini bermakna masih ada banyak lagi peluang untuk berkembang maju.

TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA.
Menurut Ismail Sabri, walaupun industri francais negara telah mencapai satu tahap yang membanggakan termasuk lahirnya jenama-jenama tempatan terkenal yang mampu berkembang ke persada antarabangsa tetapi industri tempatan masih belum berupaya sepenuhnya untuk menerokai peluang francais yang sedia ada. "Oleh yang demikian, kerajaan yakin pelan yang komprehensif penting untuk diwujudkan sebagai arah tuju bagi menyelaras segala peranan, usaha dan tindakan dalam pembangunan industry francais di negara ini. Bagi memastikan industri perniagaan francais terus berdaya saing kerajaan telah merangka beberapa program pembangunan untuk membantu usahawan dan peniaga francais. Program Pembangunan Francaisor pula dilaksanakan melalui Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT) dan Dana Bantuan Perniagaan Francais (DBPF) PPFT menawarkan platform untuk menukarkan perniagaan konvensional kepada perniagaan francais yang bersistematik dan sedia untuk berkembang.Melalui program ini, usahawan tempatan yang mempunyai perniagaan yang berpotensi untuk difrancaiskan boleh menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Ia boleh dibuat melalui perlantikan perunding francais yang berkelayakan untuk membangunkan serta membimbing peserta untuk menyediakan sistem francais, mendokumentasi proses dan prosedur kerja, membuka outlet prototaip (contoh) dan mengambil francaisi.Kos bagi perkhidmatan perunding dibiayai melalui program. Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan mengambil inisiatif sendiri untuk menukar perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya didaftarkan sebagai perniagaan francais layak diberi geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90 peratus dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000. Kerajaan juga mengadakan pelbagai program promosi francais bagi memudah cara francaisor untuk mengembangkan perniagaan francais. Untuk promosi dalam negara, program seperti ekspo promosi francais, Francais Komuniti diadakan di seluruh negara untuk francaisor tempatan mempromosikan francais mereka kepada bakal pelabur sebagai francais. Francais Komuniti adalah suatu inisiatif untuk mempromosikan francais mikro supaya lebih ramai dapat menceburkan diri dalam perniagaan francais yang bernilai bawah RM50,000. Untuk luar negara, kerajaan juga menyediakan kemudahan kepada francaisor tempatan menyertai ekspo francais antarabangsa di pasaran luar negara yang dikenalpasti sebagai pasaran sasaran iaitu Indonesia, China dan negara-negara Timur Tengah. Usaha membawa jenama francais tempatan ke persada antarabangsa telah menghasilkan kejayaan francais Malaysia untuk berkembang ke negara-negara itu. Contohnya, konsep kopitiam makin menjadi minat usahawan di Indonesia; jenama seperti Old Town White Coffee dan Bangi Kopitiam semakin menjadi popular di Jakarta dan Surabaya dan dua jenama ini telah mempunyai beberapa outlet yang dibuka atau akan dibuka oleh francaisi Indonesia.

Pembangunan Francais

·         Mewujudkan Kesedaran
a)        Anugerah Francais Sebagai satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan, anugerah francais diberikan kepada francaisor dan francaisi yang memberikan sumbangan dalam industri francais Malaysia. Antaranya ialah Anugerah Francais Malaysia yang diadakan oleh MFA untuk mengiktiraf sumbangan francaisor dan francaisi tempatan. Anugerah francais termasuk ‘francaisor terbaik’, ‘francaisi harapan terbaik’ dan ‘usahawan muda terbaik’.Walaubagaimanapun, setakat ini tiada pengiktirafan diberikan kepada perunding francais dan pengurus francais atas sumbangan mereka dalam industri francais.

b)         Pencarian sasaran dalam perusahaan yang lebih besar Perusahaan yang lebih besar biasanya boleh menawarkan keupayaan pelaburan dan rangkaian perniagaan yang kukuh, imej korporat yang kukuh, pengalaman perniagaan yang luas dan modal untuk pembiayaan. Walaubagaimanapun, tiada program kesedaran khas atau pencarian sasaran yang menggunakan pemfrancaisan sebagai model perniagaan alternatif dan menarik perusahaan yang lebih besar atau GLC ke dalam industri francais.

·         Program Pembangunan

a)         Geran untuk pembangunan francais Di Malaysia, geran ini kini disediakan untuk penukaran francais bagi perniagaan dan latihan francaisi sebagai usaha menggalakkan pembangunan francais, seperti yang ditawarkan oleh KPDNKK (dengan PNS sebagai urus setia kepada KPDNKK).
b)         Skim pinjaman untuk francaisor dan francaisi Pada masa ini, PNS menawarkan skim pinjaman faedah tersubsidi kepada bakal francaisor dan bakal francaisi. Skim pinjaman yang ditawarkan kepada bakal francaisor dan francaisi induk ialah skim pinjaman prafrancais, yang menyediakan bantuan kewangan sehingga RM2 juta. Untuk francaisor semasa, PNS juga menawarkan skim pembiayaan francaisor, yang menyediakan pembiayaan sehingga RM2 juta.













SISTEM SOKONGAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

 Selama lebih 40 tahun, tumpuan telah diberikan pada usaha mewujudkan industri francais di Malaysia. Kini, selaras dengan Agenda Pembangunan Negara telah wujud satu keperluan untuk membawa industri francais ke tahap yang lebih tinggi seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pusat francais serantau untuk pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah. Oleh yang demikian, satu pelan tindakan yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) telah disediakan bagi mendokong pembangunan industri francais negara. Sejajar dengan hasrat itu, pada tahun ini industri francais disasarkan akan menyumbang sebanyak RM24 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sebagai peneraju perkembangan industri francais negara melihat sasaran ini sebagai satu tanda aras yang realistik. Namun, bagi mencapai matlamat ini, industri francais perlu kukuh. PNS dari semasa ke semasa berusaha melaksanakan pengukuhan kualiti secara serentak daripada dalam dan luar organisasi. Antaranya akreditasi Persijilan ISO 9001:2008, pembinaan prasarana canggih berstatus bangunan hijau di Menara PNS, programprogram latihan yang bersepadu yang disediakan oleh PNS Academy dan memperkenalkan beberapa model perniagaan francais unik oleh Unit Pemodenan Peruncitan.









CABARAN/HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAIS DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

1.         Modal yang diperlukan amat tinggi. Kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama
danbantuan dari francaisor adalah tinggi dan francaisi perlu membayar kos-kos seperti Yuran Francais- Yuran francais adalah dalam satu jumlah yang besar dan tidak dikembalikan. Francaisi juga perlu membayar kos sewa, deposit, pembelian aset dan pengubahsuaian kedai ;Royalti Bulanan – Royalti dibayar mengikut peratus jualan bulanan. Francaisi perlu membayar royalti walaupun tidak memperolehi keuntungan, walaupun francaisor tidak membantu perniagaan francaisi kerana francaisi menggunakan jenama francaisor tersebut.

 2.        Tidak memberi kebebasan kepada francaisi. Untuk menjaga keseramanan, francaisor
akan mengawal perniagaan francaisi. Kadang-kala, tindakan ini menghalang francaisi untuk bebas berniaga. Berikut adalah beberapa perkara berkaitan perjanjian francais: Pemilihan Lokasi – Francaisor akan memilih lokasi yang difikirkan sesuai dengan perniagaannya dan lokasi tersebut mungkin tidak sesuai dari sudut pandangan francaisi. Di dalam banyak kes, francaisi akan mencadangkan lokasi kepada francaisor. Francaisor akan melawat lokasi tersebut dan memberi pendapatnya samaada sesuai atau tidak. Jika tidak, Francaisor akan membantu mencari kawasan yang difikirkan strategik. Hiasan Dalaman & Konsep Perniagaan – Terdapat francaisor yang akan menukar hiasan dalaman dan konsep perniagaan mengikut musim. Jadi, kos renovasi dan pengubahsuaian tersebut mungkin tidak mampu untuk ditanggung oleh francaisi. Kebiasaanya, francaisor akan selalu menukar konsep perniagaan, uniform & sistem komputer. Kawalan Penjualan Produk dan Perkhidmatan – Francaisor akan mengawal setiap produk dan perkhidmatan perniagaan francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual produk / perkhidmatan selain daripada francaisor. Ada juga kes dimana francaisor menghadkan bilangan stok yang dijual. Misalnya baju saiz S, francaisor hanya membekalkan 10 helai sahaja. Apabila baju tersebut habis, francaisi menempah dari francaisor tapi francaisor tidak memberi stok yang diminta. Apabila berlaku kes sedemikian, francaisi boleh cuba minta stok dari francaisi lain. Pastikan juga francaisor membenarkan anda mengambil stok dari francaisi lain. Kes seperti ini tidak dinyatakan dalam perjanjian francais. Jadi, francaisi perlu berhati-hati. Kawalan Dalam Menggendalikan Operasi Perniagaan – Francaisor mengawal waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi tidak dapat memberi diskaun kepada pelanggan.


3.         Pemilihan Francaisor perlu dilakukan dengan teliti. Kelemahan akta dan peraturan sedia ada menjadi duri dalam daging kepada pembangunan industri francais di Malaysia dan perlu dicungkil segera supaya tidak menjejaskan kemajuannya.Kelemahan-kelemahan yang ada telah memburukkan imej sistem francais sehingga dilihat sebagai sistem yang menipu dan banyak pihak yang tertipu terutamanya usahawan baharu, kata sebuah syarikat perunding francais tempatan. Keadaan berkenaan timbul kerana ketiadaan dokumen zahir atau prospektus disediakan untuk membolehkan pemohon (bakal francaisi) mengetahui maklumat terperinci tentang francaisor dan produknya.Apa yang berlaku sekarang, perkara tersebut dipandang ringan serta ketiadaan garis panduan khas disediakan kerajaan menyebabkan penyediaan prospektus dilakukan secara sambil lewa dan bakal mengundang masalah. Permasalahan ini menyebabkan sistem francais dipalitkan dengan kecaman-kecaman yang negatif sehingga membantutkan usaha untuk mengembangkan sistem berkenaan.Perlu ada prospektus yang lengkap untuk memberikan penerangan sejelas-jelasnya kepada francaisi tentang latar belakang francaisor, prestasi kewangan, status perundangan, potensi francais dan beberapa maklumat lagi.Jika semua maklumat ini tidak didedahkan, maka timbul masalah seperti francaisi tertipu dan mengalami kerugian selepas memeterai perjanjian francais.

4.        Perlu komitmen yang tinggi daripada francaisi. Masalah-masalah itu berlaku akibat francaisi tidak mempunyai pengetahuan dan persediaan yang cukup melibatkan diri dalam perniagaan berkenaan.Kegagalan berlaku berpunca daripada sikap francaisi yang terlalu bergantung kepada francaisor sedangkan untuk berjaya dalam industri itu bukan mudah. Francaisi bukan sahaja sekadar mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal semata-mata sebaliknya perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan yang bakal diceburi.Francaisi perlu memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan, komitmen, kemampuan dari mental dan fizikal, memiliki kepercayaan kepada produk serta sentiasa menjalankan penyelidikan.

















MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA TRANSFORMASI

Tranformasi yang dijalankan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sedikit sebanyak telah mempertingkatkan daya saing industri francais di negara ini. Antara inisiatif yang dijalankan oleh PNS adalah seperti pembinaan jenama francais tempatan, bengkel-bengkel, ekspo dalam dan luar negara serta pembangunan akademi.Inisiatif tersebut selari dengan hasrat kerajaan di samping meningkatkan saingan industri francais tatkala kita berhadapan dengan saingan global. Di samping itu, kerajaan telah menetapkan satu agensi khusus bagi membantu usahawan francais dari segi pembiayaan perniagaan. Dengan penubuhan PNS, ia merupakan satu bukti yang kukuh malah menunjukkan komitmen kerajaan terhadap industri francais. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional pada 10 Januari 2012. Pelan induk tersebut merupakan inisiatif dan strategi yang bertujuan untuk merancakkan lagi usaha kerajaan dalam memperkasakan francais nasional. . Seterusnya, kerajaan berharap untuk menjadikan Malaysia pusat francais bagi pasaran Asia Tenggara menjelang tahun 2020.Industri francais sedikit sebanyak telah menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM24.6 bilion dan dijangka terus meningkat dengan kerjasama daripada kementerian, PNS dan Persatuan Francais Malaysia (MFA). Dengan pencapaian industri francais setakat ini, namun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan.Secara tidak langsung, ia dapat membangunkan modal insan malah mempertingkatkan perniagaan francais tempatan.Didapati juga masyarakat kini semakin celik mengenai perniagaan francais disebabkan program dan pendedahan yang dijalankan oleh kementerian. Di samping itu, terdapat 523 jenama francais tempatan dan bilangannya semakin meningkat. Pihak kerajaan juga menerima banyak permohonan daripada syarikat-syarikat asing iaitu sebanyak 198 jenama.Sebanyak 68 peratus merupakan perniagaan yang berdaftar dengan pihak kementerian manakala bakinya iaitu 32 peratus merupakan jenama asing.


KESIMPULAN


Industri Fancais Malaysia menunjukkan perkembangan positif kerana menembusi pasaran global dan mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa apabila 59 produk tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara. Kerajaan Malaysia memberikan fokus kepada pembangunan industri francais di Malaysia sejak di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengorak langkah memperkenalkan francais pada 1993. “Industri ini mempunyai potensi yang besar tetapi tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenainya masih kurang pada waktu itu. Pengguna pada ketika itu mengenali produk francais luar negara seperti KFC, Mc Donald’s dan banyak lagi. Hasilnya, aliran tunai di dalam negara mengalir keluar melalui yuran dan royalti kepada francaisor atau pemilik jenama tersebut,” katanya.Bagaimanapun kini rakyat Malaysia memahami mengenai perniagaan francais dan setiap tahun penyertaannya semakin meningkat. “Setakat ini jumlah francaisor tempatan adalah 29 peratus melibatkan Bumiputera dan 71 adalah bukan Bumiputera. Francaisinya pula kebanyakannya adalah Bumiputera.